AHLAN WASAHLAN

''Mintalah kamu sekalian kepadaKu,pasti Aku mengabulkan untukmu.''

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua ibu di seluruh dunia terutama buat umi yang tercinta. Kasih dan sayangnya tiada tolok bandingnya............Sayangi ibu,jangan biarkan mereka menangis kerana kedurhakaan kita tapi biarlah hatinya menangis kerana kita berjaya sebagai anak yang soleh dan solehah.

Friday, May 7, 2010

Rahsia Hari Isnin Dan Selasa


Allah Ta'ala berfirman di dalam surah An Nahl
ayat 51:
Janganlah kamu menyembah dua tuhan;
Sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut.


Anas bin Malik radiyallahu anhu berkata,
"Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam telah ditanya tentang hari isnin?Baginda menjawab "Hari isnin adalah adalah hari pelayaran dan perniagaan."

"Kenapa dapat demikian itu Ya Rasulullah?"

"Kerana Nabi Syaits alaihissalam telah berlayar pada hari Isnin untuk berniaga dan beliau mendapatkan keuntungan yang besar dalam perniagaannya itu."

Huraian : Sebahagian ulama telah mengatakan, "Allah Subhaanahu wa Ta'ala telah menentukan hari Isnin itu dengan tujuh kelebihan :"

1. Nabi Idris alaihissalam telah naik ke langit pada hari Isnin

2. Nabi Musa alaihissalam telah pergi ke Thursina pada hari Isnin

3. Turun dalil tentang ke-Esa-an ALLAH pada hari Isnin

4. Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam telah dilahirkan pada hari Isnin

5. Jibril alaihi wa sallam menjumpai Rasulullah pada hari Isnin

6. Semua amal umat diperlihatkan kepada Rasulullah pada hari Isnin

7. Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam wafat pada hari Isnin


RAHSIA HARI SELASA :

Allah Subhanaahu Wa Ta'ala berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 27 :

Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika keduanya mempersembahkan korban, Maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima lagi yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil) , "Aku pasti membunuhmu!". Berkata habil, "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertaqwa."

Anas bin Malik rodhiyallahu anhu meriwayatkan, dia berkata : Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam ditanya tentang hari Selasa ? Maka Rasulullah menjawab, "Hari Selasa adalah hari berdarah". Dikatakan,"kenapa demikian ya Rasulullah?" Jawab, "kerana pada hari itulah Siti Hawa haid dan putera Adam membunuh saudaranya sendiri".

Huraian : Sebahagian ulama mengatakan pada hari Selasa tujuh jiwa telah dibunuh, iaitu :

1. Jurjais Alaihissalam

2. Yahya Alaihissalam

3. Zakariya Alaihissalam

4. Tukang sihir Firaun

5. Asiah binti Muzahim, Isteri Firaun

6. Sapi Bani Israil

7. Habil,putera Adam


Tuesday, May 4, 2010

Rahsia Hari Ahad



Firman Allah di dalam Surah al-Ikhlas :

Katakanlah Dia-lah ALLAH, YANG MAHA ESA!!
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik,dia mengatakan, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam ditanyakan tentang hari Ahad, maka Beliau menjawab, "Hari Ahad adalah hari menanam dan membangun!"

Para sahabat bertanya, "Apa sebab demikian ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab, "Kerana pada hari itulah ALLAH mula menciptakan dunia dan memakmurkannya."

Sebahagian ulama' mengatakan bahawa Pencipta Yang Maha Kuasa telah menciptakan tujuh macam benda antara makhluk-makhluk dan setiap satu antaranya, dipecah lagi menjadi tujuh.

Adapun tujuh macam benda itu adalah;tempat jalan bintang-bintang, bintang-bintang yang bergerak, neraka yang bertingkat,bumi yang berlapis, lautan yang luas, anggota tubuh manusia, dan hari-hari dalam seminggu.

Sumber : Buku 7 Rahsia Langit dan Bumi
Terjemahan oleh : Abuya Muhammad Thoriq Akhyar Almedani