AHLAN WASAHLAN

''Mintalah kamu sekalian kepadaKu,pasti Aku mengabulkan untukmu.''

Friday, May 7, 2010

Rahsia Hari Isnin Dan Selasa


Allah Ta'ala berfirman di dalam surah An Nahl
ayat 51:
Janganlah kamu menyembah dua tuhan;
Sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut.


Anas bin Malik radiyallahu anhu berkata,
"Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam telah ditanya tentang hari isnin?Baginda menjawab "Hari isnin adalah adalah hari pelayaran dan perniagaan."

"Kenapa dapat demikian itu Ya Rasulullah?"

"Kerana Nabi Syaits alaihissalam telah berlayar pada hari Isnin untuk berniaga dan beliau mendapatkan keuntungan yang besar dalam perniagaannya itu."

Huraian : Sebahagian ulama telah mengatakan, "Allah Subhaanahu wa Ta'ala telah menentukan hari Isnin itu dengan tujuh kelebihan :"

1. Nabi Idris alaihissalam telah naik ke langit pada hari Isnin

2. Nabi Musa alaihissalam telah pergi ke Thursina pada hari Isnin

3. Turun dalil tentang ke-Esa-an ALLAH pada hari Isnin

4. Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam telah dilahirkan pada hari Isnin

5. Jibril alaihi wa sallam menjumpai Rasulullah pada hari Isnin

6. Semua amal umat diperlihatkan kepada Rasulullah pada hari Isnin

7. Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam wafat pada hari Isnin


RAHSIA HARI SELASA :

Allah Subhanaahu Wa Ta'ala berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 27 :

Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika keduanya mempersembahkan korban, Maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima lagi yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil) , "Aku pasti membunuhmu!". Berkata habil, "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertaqwa."

Anas bin Malik rodhiyallahu anhu meriwayatkan, dia berkata : Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam ditanya tentang hari Selasa ? Maka Rasulullah menjawab, "Hari Selasa adalah hari berdarah". Dikatakan,"kenapa demikian ya Rasulullah?" Jawab, "kerana pada hari itulah Siti Hawa haid dan putera Adam membunuh saudaranya sendiri".

Huraian : Sebahagian ulama mengatakan pada hari Selasa tujuh jiwa telah dibunuh, iaitu :

1. Jurjais Alaihissalam

2. Yahya Alaihissalam

3. Zakariya Alaihissalam

4. Tukang sihir Firaun

5. Asiah binti Muzahim, Isteri Firaun

6. Sapi Bani Israil

7. Habil,putera Adam


No comments:

Post a Comment