
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua pembaca budiman di blog ini....
Di kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 sekalian tentang kelebihan aktiviti dalam bulan Ramadhan dipetik dari majalah Solusi
- Solat subuh berjemaah di surau atau masjid
- Peluang membaca al-Quran waktu tengahari atau malam sebelum tidur
- Berhimpun sambil bertemu dengan keluarga ketika bersahur dan berbuka
- Solat Tarawih dan Witir berjemaah dengan anak2 dan keluarga
- Keceriaan membeli kuih-muih sebelum berbuka
- Menguji ketabahan ketika bangun awal pagi untuk makan sahur
- Bertadarus al-Quran dengan matlamat mengkhatamkan al-Quran paling kurang sekali khatam dalam setahun
- Menanti2 kemunculam malam LailatulQadar di mana jika beribadah pada malam tersebut akan mendapat ganjaran pahala seperti beribadah selama seribu bulan
- Menyertai iktikaf dan qiamullail di masjid terutama pada sepuluh malam terakhir
- Menanti datangnya malam raya yang merupakan malam kemenangan yang diisytiharkan melalui takbir hari raya bermula daripada terbenamnya matahari Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri
No comments:
Post a Comment