AHLAN WASAHLAN

''Mintalah kamu sekalian kepadaKu,pasti Aku mengabulkan untukmu.''

Wednesday, March 17, 2010

KISAH SOLAT : Menghilangkan Rasa Sakit







Diceritakan Ali bin Abi Talib pernah mengalami rasa sakit yang luar biasa. Namun, dengan mendirikan solat, sakit itu tidak terasa.Kisahnya suatu ketika dalam peperangan beliau terkena anak panah yang tembus di belakangnya.

Mengetahui perkara itu, ada sahabat yang cuba mencabutnya. Namun, rasa sakit yang tidak terhingga membuatkan beliau menjerit. Atas cadangan sahabat yang lain, beliau mendirikan solat. Semasa sedang bersolat, anak panah dicabut secara perlahan-lahan hingga keluar daripada tubuhnya. Hinggalah berakhirnya solat dan salam diucapkan, beliau bertanya kepada sahabat, "Apakah anak panah itu sudah keluar daripada tubuhku?"

Kisah ini menceritakan bahawa ketika solat, Ali tidak berasa sakit ketika anak panah dicabut daripada tubuhnya. Sedangkan dalam keadaan tidak solat, beliau menjerit kerana sakit. Ternyata, daya tumpuan sepenuhnya dalam solat dapat mengalihkan rasa sakit hingga beliau tidak berasa sakit ketika anak panah dicabut daripada tubuhnya.


Saturday, March 13, 2010

SEPETANG MEMANFAATKAN MASA.....

Assalamualaikum buat pembaca blog saya ni.

Semalam, 13 Mac 2010 hari sabtu telah diadakan satu sesi lawatan ke UKM, Bangi daripada pelajar Maahad Saniah, Pasir Puteh Kelantan. Peserta semuanya berjumlah 82 orang termasuk guru pengiring.

Saya sebagai salah seorang fasilitator cuba membantu mana yang termampu. Bukan senang bila tengok ketua fasi, saudara Izham nak selesaikan semua kerja....kena buat surat kat bahagian pentadbiran UKM, keselamatan, jumpa ketua perpustakaan, urusan dengan kafe, persatuan anak-anak negeri....

Tapi alhamdulillah, semuanya dapat diharungi dengan sebaiknya bekat pertolongan kawan2 yg lain.....(Ani, Fa, Anis, adik Ali, Faiz, Salma, Fiza dll). Semua yang berlaku ni mengajar kita erti kesabaran dan kekuatan yang mantap untuk menghadapi sebarang situasi.

Kedatangan pelajar maahad saniah ke UKM, kami sambut mereka dengan gembira dan berdebar sebab nak pikul tanggungjawab yang diamanahkan. Berlaku sedikit kelewatan di atas sebab2 yang tidak disengajakan di pihak mereka. Ni antara tentatif program lawatan mereka di UKM....

11.30 - Pelajar sampai di UKM
- Berkumpul di Padang Pavillion untuk taklimat oleh ketua fasi
- Pembahagian kepada 6 kumpulan
11.50 - Pelajar, guru pengiring, fasi menaiki bas ke Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL)
- Taklimat ringkas

12.00 - Pelajar masuk ke PTSL mengikut kumpulan masing2

12.30 - Bertolak ke Fakulti Pendidikan, UKM
- Taklimat oleh MPP Fakulti Pendidikan, Khairul Anuar Mat Lazim
- Melawat bilik mikro, gerbang minda, makmal-makmal sains, bilik tutorial, pejabat
dekan dan surau.

2.00 - Makan tengahari di gazebo dewan budiman

2.50 - Bertolak ke masjid UKM

3.30 - Pelajar, guru pengiring dan fasi lelaki bertolak ke Putrajaya (bestnya mereka tu,hu3)


Bagi saya, lawatan seperti ni bagus untuk pengetahuan pelajar...sekurang2nya mereka dapat rasai suasana di universiti tempat kakak2 dan abang2 dia belajar...biar ada langkahan kaki yang betul2 semangat bila ke menara gading nanti.

Pengalaman ni cukup berharga dan susah nak dapat sebenarnya. Saya dan kawan2 dapat tahu bagaimana nak berurusan dengan pihak atasan jika melibatkan program seperti ini. Setiap kesulitan yang dilalui ada kemudahan dan kemanisan pada akhirnya.

Bermakna juga bagi saya bila dapat berjumpa dengan sebahagian bekas anak murid sekolah praktikal dulu....Wajah masing2 terpancar kegembiraan bila dapat datang sini..Apapun,saya sebagai bakal guru mendoakan keselamatan dan kejayaan mereka walau di mana-mana berada.

Semoga setiap kayuhan dalam hidup kita ni diiringi dengan keredhaan Allah SWT.

Saturday, March 6, 2010

ISTIMEWANYA 7 GOLONGAN INI....



Rasulullah pernah menyebut bahawa terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan Allah di hari akhirat kelak. Siapa golongan tersebut??? Jom sama-sama kita baca dan renungkan....

1) Pemerintah yang adil. Tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat. Apa yang saya harapkan daripada pemimpin sekarang bukanlah mengutamakan dunia semata-mata, tapi persediaan diri untuk hadapi alam yang abadi.

2) Orang muda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadah kepada Tuhan. Sebaik-baik masa dan mahal harganya dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja(muda) kerana pada usia inilah individu diuji pelbagai godaan. Beruntunglah orang yang berjaya melepasi rintangan itu.

3) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid (rumah ibadat).

4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah dan apabila kedua-duanya bertemu dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah.

5) Orang yang dipujuk oleh perempuan kaya lagi rupawan untuk berzina, lalu dia menolak dengan berkata: ''AKU TAKUT KEPADA ALLAH!!''. Inilah sebesar-besar ketaqwaan kepada Allah sehingga berjaya menangkis godaan yang datang.

6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Sikap ini menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.

7) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan sepenuh hati tanpa terlalai sedikit pun. Tiada yang lain dalam ingatannya kecuali Allah dan sifat Jalal serta JamalNya.


Justeru, dalam golongan manakah kita???


Dipetik dari majalah NUR Disember '07

Tuesday, March 2, 2010


MAULIDUR-RASUL : AMALKANNYA SEPANJANG HAYAT




Firman Allah SWT:
''....Barangsiapa mentaati Rasul (Muhammad), maka dia telah mentaati Allah Dan barangsiapa ang berpaling (dari ketaatan itu), maka ketahuilah bahawa Kami tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi pemeliharaan mereka...'' (Surah An-Nisa' : 80)


Syukur alhamdulillah kepada Allah yang menciptakan kita semua kerana masih memberi peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai tanggungjawab khalifah di muka bumi ini. Seterusnya kita berpeluang menyambut Maulidur-Rasul pada tahun ke 1431H kali ini.

Para Nabi termasuklah Nabi Muhammad SAW diutuskan bukanlah semata-mata untuk membangunkan bumi ini,malah yang paling utama ialah mengajak manusia menyelamatkan diri untuk kehidupan akhirat kelak.

Dasar yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah untuk membimbing manusia sekalian alam sentiasa hidup di bawah naungan payung-payung keimanan dan ketaqwaan setelah diberi hidayah dan petunjuk.

Sambutan Maulidur-Rasul hanya sekadar memperingati tarikh lahir baginda semata-mata serta mengadakan perayaan dan majlis-majlis keramaian sahaja, malahan yang lebih penting lagi adalah mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Semangat Maulidur-Rasul tidak boleh hanya hidup pada bulan ini sahaja, tetapi ia perlu terus hidup sehidupnya sepanjang hayat.

Ia tidak boleh disambut dengan perarakan yang besar dan hebat tsemata-mata tetapi mengenepikan hasrat sebenar dari kebangkitan Rasulullah saw iaitu mengajak manusia beriman dan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT.

Sehubungan itu, pesan kepada sahabat-sahabat dan juga diri saya untuk mengukuhkan lagi bahawa Rasulullah saw merupakan seorang pemimpin, ketua tentera dan juga pendamai. Jadikanlahbaginda sebagai model ikutan yang terbaik di dalam mengurus hal-hal dalam kehidupan kita ini.

Ucapan selawat terindah kukirimkan, salam sejahtera penghuni syurga, peribadinya sesejuk melebihi embun pagi, salam penghormatan, kasih dan cinta pada setiap musim dan peristiwa buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Salam ingatan dan rindu pada KEKASIH ALLAH.

Semoga diberi ganjaran di atas setiap amalan kebaikan yang kita lakukan.

SALAM MAULIDUR RASUL 1431 H......