AHLAN WASAHLAN

''Mintalah kamu sekalian kepadaKu,pasti Aku mengabulkan untukmu.''

Wednesday, March 17, 2010

KISAH SOLAT : Menghilangkan Rasa Sakit







Diceritakan Ali bin Abi Talib pernah mengalami rasa sakit yang luar biasa. Namun, dengan mendirikan solat, sakit itu tidak terasa.Kisahnya suatu ketika dalam peperangan beliau terkena anak panah yang tembus di belakangnya.

Mengetahui perkara itu, ada sahabat yang cuba mencabutnya. Namun, rasa sakit yang tidak terhingga membuatkan beliau menjerit. Atas cadangan sahabat yang lain, beliau mendirikan solat. Semasa sedang bersolat, anak panah dicabut secara perlahan-lahan hingga keluar daripada tubuhnya. Hinggalah berakhirnya solat dan salam diucapkan, beliau bertanya kepada sahabat, "Apakah anak panah itu sudah keluar daripada tubuhku?"

Kisah ini menceritakan bahawa ketika solat, Ali tidak berasa sakit ketika anak panah dicabut daripada tubuhnya. Sedangkan dalam keadaan tidak solat, beliau menjerit kerana sakit. Ternyata, daya tumpuan sepenuhnya dalam solat dapat mengalihkan rasa sakit hingga beliau tidak berasa sakit ketika anak panah dicabut daripada tubuhnya.


No comments:

Post a Comment