AHLAN WASAHLAN

''Mintalah kamu sekalian kepadaKu,pasti Aku mengabulkan untukmu.''

Tuesday, March 2, 2010


MAULIDUR-RASUL : AMALKANNYA SEPANJANG HAYAT




Firman Allah SWT:
''....Barangsiapa mentaati Rasul (Muhammad), maka dia telah mentaati Allah Dan barangsiapa ang berpaling (dari ketaatan itu), maka ketahuilah bahawa Kami tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi pemeliharaan mereka...'' (Surah An-Nisa' : 80)


Syukur alhamdulillah kepada Allah yang menciptakan kita semua kerana masih memberi peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai tanggungjawab khalifah di muka bumi ini. Seterusnya kita berpeluang menyambut Maulidur-Rasul pada tahun ke 1431H kali ini.

Para Nabi termasuklah Nabi Muhammad SAW diutuskan bukanlah semata-mata untuk membangunkan bumi ini,malah yang paling utama ialah mengajak manusia menyelamatkan diri untuk kehidupan akhirat kelak.

Dasar yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah untuk membimbing manusia sekalian alam sentiasa hidup di bawah naungan payung-payung keimanan dan ketaqwaan setelah diberi hidayah dan petunjuk.

Sambutan Maulidur-Rasul hanya sekadar memperingati tarikh lahir baginda semata-mata serta mengadakan perayaan dan majlis-majlis keramaian sahaja, malahan yang lebih penting lagi adalah mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Semangat Maulidur-Rasul tidak boleh hanya hidup pada bulan ini sahaja, tetapi ia perlu terus hidup sehidupnya sepanjang hayat.

Ia tidak boleh disambut dengan perarakan yang besar dan hebat tsemata-mata tetapi mengenepikan hasrat sebenar dari kebangkitan Rasulullah saw iaitu mengajak manusia beriman dan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT.

Sehubungan itu, pesan kepada sahabat-sahabat dan juga diri saya untuk mengukuhkan lagi bahawa Rasulullah saw merupakan seorang pemimpin, ketua tentera dan juga pendamai. Jadikanlahbaginda sebagai model ikutan yang terbaik di dalam mengurus hal-hal dalam kehidupan kita ini.

Ucapan selawat terindah kukirimkan, salam sejahtera penghuni syurga, peribadinya sesejuk melebihi embun pagi, salam penghormatan, kasih dan cinta pada setiap musim dan peristiwa buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Salam ingatan dan rindu pada KEKASIH ALLAH.

Semoga diberi ganjaran di atas setiap amalan kebaikan yang kita lakukan.

SALAM MAULIDUR RASUL 1431 H......

No comments:

Post a Comment