AHLAN WASAHLAN

''Mintalah kamu sekalian kepadaKu,pasti Aku mengabulkan untukmu.''

Saturday, March 6, 2010

ISTIMEWANYA 7 GOLONGAN INI....



Rasulullah pernah menyebut bahawa terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan Allah di hari akhirat kelak. Siapa golongan tersebut??? Jom sama-sama kita baca dan renungkan....

1) Pemerintah yang adil. Tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat. Apa yang saya harapkan daripada pemimpin sekarang bukanlah mengutamakan dunia semata-mata, tapi persediaan diri untuk hadapi alam yang abadi.

2) Orang muda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadah kepada Tuhan. Sebaik-baik masa dan mahal harganya dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja(muda) kerana pada usia inilah individu diuji pelbagai godaan. Beruntunglah orang yang berjaya melepasi rintangan itu.

3) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid (rumah ibadat).

4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah dan apabila kedua-duanya bertemu dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah.

5) Orang yang dipujuk oleh perempuan kaya lagi rupawan untuk berzina, lalu dia menolak dengan berkata: ''AKU TAKUT KEPADA ALLAH!!''. Inilah sebesar-besar ketaqwaan kepada Allah sehingga berjaya menangkis godaan yang datang.

6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Sikap ini menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.

7) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan sepenuh hati tanpa terlalai sedikit pun. Tiada yang lain dalam ingatannya kecuali Allah dan sifat Jalal serta JamalNya.


Justeru, dalam golongan manakah kita???


Dipetik dari majalah NUR Disember '07

No comments:

Post a Comment