AHLAN WASAHLAN

''Mintalah kamu sekalian kepadaKu,pasti Aku mengabulkan untukmu.''

Wednesday, December 8, 2010

Langkah Bermula....

salam buat teman2...
lama sungguh saya tinggalkan blog ni,bnyak sgt nak kena fikirkan lpas konvokesyen ari tu.
Alhamdulillah sekarang dah dapat posting kat SMK Perempuan Methodist di Ipoh Perak....
Daftar pada 22hb November 2010....berserta 2 orang guru dari Upsi.

Semoga sahabat2 lain yg dapat posting tu jd lah seorang pendidik yang baik di dunia dan akhirat.Doakan juga daku di sini....

Thursday, August 12, 2010

Tetamu Istimewa Datang Lagi.....




Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua pembaca budiman di blog ini....

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 sekalian tentang kelebihan aktiviti dalam bulan Ramadhan dipetik dari majalah Solusi

  • Solat subuh berjemaah di surau atau masjid
  • Peluang membaca al-Quran waktu tengahari atau malam sebelum tidur
  • Berhimpun sambil bertemu dengan keluarga ketika bersahur dan berbuka
  • Solat Tarawih dan Witir berjemaah dengan anak2 dan keluarga
  • Keceriaan membeli kuih-muih sebelum berbuka
  • Menguji ketabahan ketika bangun awal pagi untuk makan sahur
  • Bertadarus al-Quran dengan matlamat mengkhatamkan al-Quran paling kurang sekali khatam dalam setahun
  • Menanti2 kemunculam malam LailatulQadar di mana jika beribadah pada malam tersebut akan mendapat ganjaran pahala seperti beribadah selama seribu bulan
  • Menyertai iktikaf dan qiamullail di masjid terutama pada sepuluh malam terakhir
  • Menanti datangnya malam raya yang merupakan malam kemenangan yang diisytiharkan melalui takbir hari raya bermula daripada terbenamnya matahari Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri


Wednesday, July 28, 2010

Ayuh...Bina Keyakinan Diri !!!


Tip-tipnya ialah....(Us Pahrol Mohamad Juoi)


DENGAN ALLAH


-
Bergantung hanya pada ALLAH
-Jaga solat lima waktu
-Baca al-Quran dan tadabbur dengannya
-Berzikir dengan wirid-wirid tertentu

DENGAN DIRI SENDIRI

-
Percaya kepada diri
-Jangan takut dan teragak-agak
-Lihat kelebihan diri dan kekurangan,kaji dan baiki
-Sentiasa berfikiran positif
-Sentiasa bersedia
-Hargai diri
-Tabah dan cekal


DENGAN ORANG LAIN

-
Pilih kawan dan komuniti
-Elakkan mereka yg suka memperkecil anda
-Cari
role model
-
Maafkan kesalahan orang lain
-Bergaul dengan teman2 dan individu
-Berhenti membandingkan diri anda dan orang lain

Monday, July 26, 2010

Manusia itu........



Manusia itu.........
sering terleka dek kehidupan duniawi
ingin berlumba-lumba mendakapinya
tanpa sedikitpun ingat pada Illahi
yang menjadi penentu bagi segalanya

Manusia itu.........
sering berbicara sesuatu yang menyakitkan
merendah-rendahkan orang lain
apakah insan lain tidak punya perasaan
ingatlah akan datang satu pembalasan

Manusia itu........
terlalu megah dengan kejayaannya
mengungkit segala penat lelahnya
adakah ini satu kemuliaan
menyebabkan ia tenggelam dalam lautan

Manusia itu........
ketawa melihat kedhaifan orang sekeliling
yang sering rebah tersadung
bukan diberi motivasi yang panjang
malah tohmahan dilempar sewenang

Manusia itu.........
perlu menjaga lidahnya
dan akan sedar dengan perlakuannya
jika dia kembali pada Tuhan
kerna dunia ini tidak kekal lama
yang kekal akhirat jua

Kembalilah manusia itu kepada Tuhanmu, ALLAH MAHA MELIHAT


Wednesday, July 14, 2010

dEsTiNaSi CinTa



Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…

Saturday, July 10, 2010





Ya ALLAH,aku insan yang lemah seringkali diuji....kuatkanlah imanku yang hanya senipis kulit bawang ini.Tiada terdaya aku melawan takdirMU yang telah KAU tentukan. Permudahkan segala urusan dunia dan akhiratku ya ALLAH,jauhkanlah kami semua umat NABI MUHAMMAD SAW ini daripada segala bencana,kemaksiatan,malapetaka,kejahatan manusia dan kejahatan musuhMU ya ALLAH....amin

Saturday, June 26, 2010

Elak salah faham tentang ISLAM


Soalan : Quran mengongkong wanita dengan memerintahkan wanita hanya untuk duduk di rumah sahaja. Benarkah begitu??

Jawapan : Memang ada ayat al-Quran yang menyebut begitu. Firman Allah yang bermaksud:
Dan hendaklah mereka (wanita) menetap di rumah mereka. (Surah al-Ahzab:33)

Walau bagaimanapun,Islam tidak mengongkong wanita.

Pertama, ayat itu lebih khusus kepada isteri-isteri Nabi SAW. Ini mungkin kerana kedudukan mereka. Maka sebelum itu pada ayat sebelumnya disebut :
Maksudnya : Wahai para isteri Nabi! Tidaklah kamu semua seperti wanita lain.
( Surah al-Ahzab : 32)

Kalau ayat itu hendak dipakai kepada semua wanita Islam, bukanlah bermakna haram untuk wanita keluar rumah. Mereka boleh keluar rumah dengan menjaga adab dan hukum agama.

Sumber : buku "soal jawab remeh temeh tentang ISLAM tapi anda malu bertanya"

Tuesday, June 8, 2010

MANFAATKAN CUTI


Salam buat semua pembaca blog ini...

Dah lama betul tak berkesempatan menulis dalam blog sendiri.Ye la,bila dah jauh dengan capaian internet ni sukarlah sikit nak buka blog macam selalu...Alhamdulillah kali ni berpeluang untuk menyambung semula gerak jari jemari di keyboard.

Buat sahabat2 yang masih menuntut di perbukitan ilmu UKM terutamanya sahabat2 yang telah menamatkan pengajian pada bulan April 2010...Kita jumpa di hari konvokesyen yerrr,
Saya ingin juga berpesan pada diri saya dan sahabat2 manfaatkanlah cuti masing2 dengan kerja yang berfaedah.Jangan tak tau pula masa itu emas.....Jadi,mana yang nak kerja dan sedang bekerja tu, kerjalah betul2 kerana Allah. Tak kisahlah apapun kerja kita kutiplah pengalaman sebanyak mungkin....

Mana yang cuti sekejap je, guna masa singkat dengan banyak membaca ye......

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua ibu di seluruh dunia terutama buat umi yang tercinta. Kasih dan sayangnya tiada tolok bandingnya............Sayangi ibu,jangan biarkan mereka menangis kerana kedurhakaan kita tapi biarlah hatinya menangis kerana kita berjaya sebagai anak yang soleh dan solehah.

Friday, May 7, 2010

Rahsia Hari Isnin Dan Selasa


Allah Ta'ala berfirman di dalam surah An Nahl
ayat 51:
Janganlah kamu menyembah dua tuhan;
Sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut.


Anas bin Malik radiyallahu anhu berkata,
"Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam telah ditanya tentang hari isnin?Baginda menjawab "Hari isnin adalah adalah hari pelayaran dan perniagaan."

"Kenapa dapat demikian itu Ya Rasulullah?"

"Kerana Nabi Syaits alaihissalam telah berlayar pada hari Isnin untuk berniaga dan beliau mendapatkan keuntungan yang besar dalam perniagaannya itu."

Huraian : Sebahagian ulama telah mengatakan, "Allah Subhaanahu wa Ta'ala telah menentukan hari Isnin itu dengan tujuh kelebihan :"

1. Nabi Idris alaihissalam telah naik ke langit pada hari Isnin

2. Nabi Musa alaihissalam telah pergi ke Thursina pada hari Isnin

3. Turun dalil tentang ke-Esa-an ALLAH pada hari Isnin

4. Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam telah dilahirkan pada hari Isnin

5. Jibril alaihi wa sallam menjumpai Rasulullah pada hari Isnin

6. Semua amal umat diperlihatkan kepada Rasulullah pada hari Isnin

7. Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam wafat pada hari Isnin


RAHSIA HARI SELASA :

Allah Subhanaahu Wa Ta'ala berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 27 :

Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika keduanya mempersembahkan korban, Maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima lagi yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil) , "Aku pasti membunuhmu!". Berkata habil, "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertaqwa."

Anas bin Malik rodhiyallahu anhu meriwayatkan, dia berkata : Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam ditanya tentang hari Selasa ? Maka Rasulullah menjawab, "Hari Selasa adalah hari berdarah". Dikatakan,"kenapa demikian ya Rasulullah?" Jawab, "kerana pada hari itulah Siti Hawa haid dan putera Adam membunuh saudaranya sendiri".

Huraian : Sebahagian ulama mengatakan pada hari Selasa tujuh jiwa telah dibunuh, iaitu :

1. Jurjais Alaihissalam

2. Yahya Alaihissalam

3. Zakariya Alaihissalam

4. Tukang sihir Firaun

5. Asiah binti Muzahim, Isteri Firaun

6. Sapi Bani Israil

7. Habil,putera Adam


Tuesday, May 4, 2010

Rahsia Hari Ahad



Firman Allah di dalam Surah al-Ikhlas :

Katakanlah Dia-lah ALLAH, YANG MAHA ESA!!
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik,dia mengatakan, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam ditanyakan tentang hari Ahad, maka Beliau menjawab, "Hari Ahad adalah hari menanam dan membangun!"

Para sahabat bertanya, "Apa sebab demikian ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab, "Kerana pada hari itulah ALLAH mula menciptakan dunia dan memakmurkannya."

Sebahagian ulama' mengatakan bahawa Pencipta Yang Maha Kuasa telah menciptakan tujuh macam benda antara makhluk-makhluk dan setiap satu antaranya, dipecah lagi menjadi tujuh.

Adapun tujuh macam benda itu adalah;tempat jalan bintang-bintang, bintang-bintang yang bergerak, neraka yang bertingkat,bumi yang berlapis, lautan yang luas, anggota tubuh manusia, dan hari-hari dalam seminggu.

Sumber : Buku 7 Rahsia Langit dan Bumi
Terjemahan oleh : Abuya Muhammad Thoriq Akhyar Almedani

Thursday, April 22, 2010

Abah.....Satu Anugerah




Abah, cukup indah panggilan ini pada ayahanda yang teramat aku sayang. Ini juga adalah cinta, cintakan ibu dan ayah. Tanggal 10 April lalu merupakan hari lahir abah yang ke-49, semoga abah panjang umur dan dimurahkan rezeki.... ALLAH kurniakan anugerah yang tidak terhingga dan tidak ternilai dengan wang jutaan ringgit. Hargailah pengorbanan ayah kita semua. Abah yang kukenali amat sayang pada anak-anaknya. Bila seorang anaknya sakit, abah sanggup bersusah payah ke klinik atau hospital mencari ubat walaupun abah kurang arif dengan nama-nama ubat, tapi abah usahakan untuk mengenalinya. Tika anak-anak abah memerlukan wang untuk belajar di menara gading (Alhamdulillah, 4 orang dah masuk U), abah berpenat lelah mencari sejumlah wang yang cukup untuk anak-anak tersayang. Biarpun abah tak berpelajaran tinggi, tapi abah amat cintakan ilmu dan sentiasa menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak.

Kini, abah tetap seperti dulu menggunakan kudrat yang ada untuk terus bekerja biarpun abah lihat orang lain diulit kemewahan. Abah suka merasa susah dan menunjukkan wajah yang ceria walaupun sebenarnya abah penat. Walaupun seringkali sang mentari garang menggigit kulit-kulit abah, namun abah tetap menggalas tanggungjawab dan tetap redha dengan apa yang ALLAH kurniakan.


Duit gaji yang abah dapat cukup untuk menanggung kami, biarpun duit yang abah bagi untuk kami boleh saja kami gunakan pada sesuatu yang tidak berfaedah jika anak itu bukan seorang yang mengenang jasa seorang ayah. Tapi syukurlah kami anak-anak abah bukan macam tu perangainya. Ya, benar ku tak pernah menghitung keringat abah yang keluar setelah abah bekerja seharian. Aku juga tak pernah membilang peluh yang menitik dek kerana panas membahang tika mencari rezeki....Tapi yang ku hitung adalah nilai wang yang diberi. MasyaAllah. Ketegasan abah mendidik anak-anak amatlah dihargai kerana kasih abah sukar dicari ganti.

Terima kasih ALLAH atas anugerah ini, terima kasih di atas segala pengorbanan yang abah terjemahkan. Anak-anak abah akan sentiasa membantu abah dalam susah atau senang. Doakan kejayaan kami di perkampungan menara gading ini.......

Menerobos Kalimah Cinta





Cinta???siapa yang tidak pernah mendengar perkataan keramat ini??Sudah tentu semua dah dengar hatta anak kecil sekalipun.Benar,cinta adalah cahaya sanubari yang fitrah bagi diri insani. Manusia menjadi kuat dan lemah hanya kerana cinta.

Tapi kita hanya mahu mencari cinta yang cukup agung,bukan cinta yang membuatkan kita tersadung dipertengahan jalan,bukan juga cinta yang membuatkan kita tidak kenal kawan kita bahkan yang dicari adalah cinta yang membawa kita mengenal Pencipta cinta itu, Maha Suci Allah... Ya, cinta sejati hanyalah milik ALLAH kerana cinta yang diciptakan itu cukup indah dan mengasyikkan. Lagi indah cinta di hati nurani bila ianya disuluh dengan keimanan yang kental kepada ALLAH. Cinta amat indah kerana yang menciptakan adalah Pencipta yang cintakan keindahan. Jadikan cinta kepada ALLAH ibarat magnet yang berkeras untuk berada disamping dengan besi selama-lamanya.

Mungkin kerana cinta sesama manusia, kita mengalirkan air mata yang menjadi saksi atas segala yang berlaku. Kita tak mampu melawan takdir yang tersurat untuk kita. ALLAH menguji kita dengan mengenali orang yang salah mungkin untuk memberi kita seseorang yang lebih baik daripadanya supaya kita lebih dekat lagi dengan ALLAH. Atau mungkin ALLAH menghadirkan seseorang yang cukup baik untuk kita supaya mensyukuri nikmatNya. Kehidupan mesti diteruskan sekudrat yang kita ada. Apa salahnya pula kiranya diri kita yang hina ini mengizinkan pula air mata ini mengalir kerana kesilapan kita di hadapan Yang Maha Agung. DIA cukup mengetahui apa yang seharusnya kita dapat dan apa yang perlu kita jauhkan.


Kalimah cinta perlu kita ungkap seagung-agungnya hanya kepada ALLAH sahaja yang kekal. Terlalu cintakan manusia,dia akan pergi begitu juga bunga ia akan layu. Cinta bukan matlamat hidup di dunia ini, bahkan ia sebagai satu alat yang membawa kita mengenal Penciptanya. Cinta adalah anugerah jadi cintailah yang memberi anugerah dan jangan engkau terlalu mencintai anugerah yang diberikanNya dan carilah cinta yang membuatkan engkau mencintai Pencipta cinta itu.

Monday, April 12, 2010

Salam Imtihan.....



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih mengizinkan saya untuk mencoretkan secebis kata-kata dalam blog yang serba kekurangan ini.

Hari dan masa berlalu dengan begitu pantas tanpa kita sedari atau sebaliknya. Sesungguhnya masa yang diperuntukkan oleh Allah inilah perlu kita gunakan sebaiknya. Kalau dalam proses pengajaran dan pembelajaran bolehlah kita katakan masa yang diperuntukkan tidak cukup untuk mempelajari semua perkara, tapi bagi Allah masa diberi cukup untuk semua hambaNya. Terpulang pada kita memanfaatkan masa tersebut. Renung maksud hadis tersebut:

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: (Hadis ke-12 -Hadits Arba'in An-Nawawi)
"Di antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna baginya." (Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi dan yang lainnya)

Kesempatan ini, saya nak ucapkan salam imtihan buat semua sahabat yang mengenali diri ini kerana sekarang ramai dalam kalangan kita di universiti bertungkus lumus mencipta kejayaan bagi mencapai matlamat masing-masing. Minggu 'study week' digunakan sebaiknya dan berusaha mendekatkan diri pada Allah SWT. Saya doakan untuk diri saya dan rakan-rakan seperjuangan semua moga kejayaan di dunia dan akhirat dalam genggaman kita semua. Ingatlah ibu bapa juga menanti kejayaan anak-anaknya semua......



Monday, April 5, 2010

Agama Adalah Nasihat



Hadis ke-7 Imam An-Nawawi
:
Abi Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Dary ra. menerangkan bahawa Nabi SAW bersabda:
"Agama itu nasihat." Kami bertanya, "Bagi siapa?" Beliau bersabda, "Bagi Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya,para pemimpin kaum Muslimin dan bagi kaum Muslimin umumnya." (Hadis Riwayat Muslim)

Saturday, April 3, 2010

Bimbing Dan Kasihanilah Mereka



Pada 24 Mac 2010, kumpulan saya iaitu kumpulan kecil bagi kursus sains kehidupan semester ini telah mengadakan program di Wisma Harapan, Brickfields KL. Program ini bagi memenuhi subjek ini yang bertemakan "Pendekatan Aktiviti Kelompok Dalam Komuniti" dan diselia seorang tutor iaitu Cik Dharatun Nissa.

Kami terdiri daripa 5 orang tiba di sana tepat jam 2 petang dengan menaiki komuter dari UKM. Setiba di sana,kami disambut dengan baik oleh pengetua di Wisma Harapan. Dalam masa 20 minit, kami diberi taklimat ringkas mengenai kanak-kanak kurang upaya ini. Mereka terdiri daripada sindrom down, autisme, hyperaktif, slow learner dan masalah pembelajaran yang lain.

Program yang kami jalankan adalah musical chair, segmen "dari hati ke hati", mari melukis dan motivasi diri (menonton video kisah "si pot dan si cak"). Kesabaran yang cukup tinggi diperlukan oleh kami kerana tingkah laku mereka tidak dapat dijangka. Terkadang gelagat mereka membuatkan kami tersenyum sendirian.Mereka cukup memberi kerjasama walaupun pergerakan mereka kadang-kadang sukar dikawal.Kebanyakan mereka mengalami gangguan komunikasi.Alhamdulillah, salah seorang kumpulan kami dari Pendidikan Khas yang cukup bersedia dengan pelbagai situasi. Dia yang banyak membantu.

Menurut Shertzer dan Stone, bimbingan bermaksud proses untuk menolong individu memahami dirinya serta dunianya . Ia dirangkumkan dalam perkhidmatan dan aktiviti program yang bertujuan untuk membantu murid melaksanakan rancangan bagi mencapai satu penyesuaian yang memuaskan dalam hidup mereka.

Program ini cukup berharga bagi kami kerana dapat mendedahkan diri kami kepada semangat kesukarelaan dalam memenuhi keperluan komuniti seperti ini. Mereka perlu diberi peluang samarata kerana mereka ada potensi tersembunyi yang boleh dikembangkan ke arah pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

Akhir kalam, sayangilah mereka dengan menyemai benih-benih kasih sayang seperti kanak-kanak normal yang lain. Mereka lahir bukan untuk disisihkan tetapi WAJIB diberi perhatian. Dan kami sebagai bakal guru, mesti menerima mereka tanpa apa-apa syarat sekalipun. Jangan membenci dan menyisihkan mereka kerana mereka juga insan yang biasa.
Firman Allah dalam surah al-Hujurat (49:10) yang bermaksud:
"Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat"

Terima kasih juga buat ahli kumpulan seperjuangan yang berusaha menyiapkan laporan,brosur dan bookmark: Fiza, Lee Min Goh, Farihah dan Ashairi.



Wednesday, March 17, 2010

KISAH SOLAT : Menghilangkan Rasa Sakit







Diceritakan Ali bin Abi Talib pernah mengalami rasa sakit yang luar biasa. Namun, dengan mendirikan solat, sakit itu tidak terasa.Kisahnya suatu ketika dalam peperangan beliau terkena anak panah yang tembus di belakangnya.

Mengetahui perkara itu, ada sahabat yang cuba mencabutnya. Namun, rasa sakit yang tidak terhingga membuatkan beliau menjerit. Atas cadangan sahabat yang lain, beliau mendirikan solat. Semasa sedang bersolat, anak panah dicabut secara perlahan-lahan hingga keluar daripada tubuhnya. Hinggalah berakhirnya solat dan salam diucapkan, beliau bertanya kepada sahabat, "Apakah anak panah itu sudah keluar daripada tubuhku?"

Kisah ini menceritakan bahawa ketika solat, Ali tidak berasa sakit ketika anak panah dicabut daripada tubuhnya. Sedangkan dalam keadaan tidak solat, beliau menjerit kerana sakit. Ternyata, daya tumpuan sepenuhnya dalam solat dapat mengalihkan rasa sakit hingga beliau tidak berasa sakit ketika anak panah dicabut daripada tubuhnya.


Saturday, March 13, 2010

SEPETANG MEMANFAATKAN MASA.....

Assalamualaikum buat pembaca blog saya ni.

Semalam, 13 Mac 2010 hari sabtu telah diadakan satu sesi lawatan ke UKM, Bangi daripada pelajar Maahad Saniah, Pasir Puteh Kelantan. Peserta semuanya berjumlah 82 orang termasuk guru pengiring.

Saya sebagai salah seorang fasilitator cuba membantu mana yang termampu. Bukan senang bila tengok ketua fasi, saudara Izham nak selesaikan semua kerja....kena buat surat kat bahagian pentadbiran UKM, keselamatan, jumpa ketua perpustakaan, urusan dengan kafe, persatuan anak-anak negeri....

Tapi alhamdulillah, semuanya dapat diharungi dengan sebaiknya bekat pertolongan kawan2 yg lain.....(Ani, Fa, Anis, adik Ali, Faiz, Salma, Fiza dll). Semua yang berlaku ni mengajar kita erti kesabaran dan kekuatan yang mantap untuk menghadapi sebarang situasi.

Kedatangan pelajar maahad saniah ke UKM, kami sambut mereka dengan gembira dan berdebar sebab nak pikul tanggungjawab yang diamanahkan. Berlaku sedikit kelewatan di atas sebab2 yang tidak disengajakan di pihak mereka. Ni antara tentatif program lawatan mereka di UKM....

11.30 - Pelajar sampai di UKM
- Berkumpul di Padang Pavillion untuk taklimat oleh ketua fasi
- Pembahagian kepada 6 kumpulan
11.50 - Pelajar, guru pengiring, fasi menaiki bas ke Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL)
- Taklimat ringkas

12.00 - Pelajar masuk ke PTSL mengikut kumpulan masing2

12.30 - Bertolak ke Fakulti Pendidikan, UKM
- Taklimat oleh MPP Fakulti Pendidikan, Khairul Anuar Mat Lazim
- Melawat bilik mikro, gerbang minda, makmal-makmal sains, bilik tutorial, pejabat
dekan dan surau.

2.00 - Makan tengahari di gazebo dewan budiman

2.50 - Bertolak ke masjid UKM

3.30 - Pelajar, guru pengiring dan fasi lelaki bertolak ke Putrajaya (bestnya mereka tu,hu3)


Bagi saya, lawatan seperti ni bagus untuk pengetahuan pelajar...sekurang2nya mereka dapat rasai suasana di universiti tempat kakak2 dan abang2 dia belajar...biar ada langkahan kaki yang betul2 semangat bila ke menara gading nanti.

Pengalaman ni cukup berharga dan susah nak dapat sebenarnya. Saya dan kawan2 dapat tahu bagaimana nak berurusan dengan pihak atasan jika melibatkan program seperti ini. Setiap kesulitan yang dilalui ada kemudahan dan kemanisan pada akhirnya.

Bermakna juga bagi saya bila dapat berjumpa dengan sebahagian bekas anak murid sekolah praktikal dulu....Wajah masing2 terpancar kegembiraan bila dapat datang sini..Apapun,saya sebagai bakal guru mendoakan keselamatan dan kejayaan mereka walau di mana-mana berada.

Semoga setiap kayuhan dalam hidup kita ni diiringi dengan keredhaan Allah SWT.

Saturday, March 6, 2010

ISTIMEWANYA 7 GOLONGAN INI....



Rasulullah pernah menyebut bahawa terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan Allah di hari akhirat kelak. Siapa golongan tersebut??? Jom sama-sama kita baca dan renungkan....

1) Pemerintah yang adil. Tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat. Apa yang saya harapkan daripada pemimpin sekarang bukanlah mengutamakan dunia semata-mata, tapi persediaan diri untuk hadapi alam yang abadi.

2) Orang muda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadah kepada Tuhan. Sebaik-baik masa dan mahal harganya dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja(muda) kerana pada usia inilah individu diuji pelbagai godaan. Beruntunglah orang yang berjaya melepasi rintangan itu.

3) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid (rumah ibadat).

4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah dan apabila kedua-duanya bertemu dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah.

5) Orang yang dipujuk oleh perempuan kaya lagi rupawan untuk berzina, lalu dia menolak dengan berkata: ''AKU TAKUT KEPADA ALLAH!!''. Inilah sebesar-besar ketaqwaan kepada Allah sehingga berjaya menangkis godaan yang datang.

6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Sikap ini menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.

7) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan sepenuh hati tanpa terlalai sedikit pun. Tiada yang lain dalam ingatannya kecuali Allah dan sifat Jalal serta JamalNya.


Justeru, dalam golongan manakah kita???


Dipetik dari majalah NUR Disember '07

Tuesday, March 2, 2010


MAULIDUR-RASUL : AMALKANNYA SEPANJANG HAYAT




Firman Allah SWT:
''....Barangsiapa mentaati Rasul (Muhammad), maka dia telah mentaati Allah Dan barangsiapa ang berpaling (dari ketaatan itu), maka ketahuilah bahawa Kami tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi pemeliharaan mereka...'' (Surah An-Nisa' : 80)


Syukur alhamdulillah kepada Allah yang menciptakan kita semua kerana masih memberi peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai tanggungjawab khalifah di muka bumi ini. Seterusnya kita berpeluang menyambut Maulidur-Rasul pada tahun ke 1431H kali ini.

Para Nabi termasuklah Nabi Muhammad SAW diutuskan bukanlah semata-mata untuk membangunkan bumi ini,malah yang paling utama ialah mengajak manusia menyelamatkan diri untuk kehidupan akhirat kelak.

Dasar yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah untuk membimbing manusia sekalian alam sentiasa hidup di bawah naungan payung-payung keimanan dan ketaqwaan setelah diberi hidayah dan petunjuk.

Sambutan Maulidur-Rasul hanya sekadar memperingati tarikh lahir baginda semata-mata serta mengadakan perayaan dan majlis-majlis keramaian sahaja, malahan yang lebih penting lagi adalah mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Semangat Maulidur-Rasul tidak boleh hanya hidup pada bulan ini sahaja, tetapi ia perlu terus hidup sehidupnya sepanjang hayat.

Ia tidak boleh disambut dengan perarakan yang besar dan hebat tsemata-mata tetapi mengenepikan hasrat sebenar dari kebangkitan Rasulullah saw iaitu mengajak manusia beriman dan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT.

Sehubungan itu, pesan kepada sahabat-sahabat dan juga diri saya untuk mengukuhkan lagi bahawa Rasulullah saw merupakan seorang pemimpin, ketua tentera dan juga pendamai. Jadikanlahbaginda sebagai model ikutan yang terbaik di dalam mengurus hal-hal dalam kehidupan kita ini.

Ucapan selawat terindah kukirimkan, salam sejahtera penghuni syurga, peribadinya sesejuk melebihi embun pagi, salam penghormatan, kasih dan cinta pada setiap musim dan peristiwa buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Salam ingatan dan rindu pada KEKASIH ALLAH.

Semoga diberi ganjaran di atas setiap amalan kebaikan yang kita lakukan.

SALAM MAULIDUR RASUL 1431 H......

Saturday, February 27, 2010


HIDUP BERAGAMA.....





Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
''Apalah erti dunia bagiku. Hubunganku dengan dunia ini laksana seorang pengembara yang sedang berjalan di bawah terik matahari. Tiba-tiba kelihatan sebatang pohon, lalu pengembara berteduh sejenak di bawah bayangan teduhannya. Sesaat kemudian, si pengembara akan berlalu pergi meninggalkan tempat itu.'' (Riwayat Tirmizi)

Luqman al-Hakim seorang ahli hikmah yang namanya termaktub di dalam al-Quran Surah Luqman, pernah ditanya oleh anaknya.
''Apakah satu perkara yang paling baik dimiliki oleh setiap orang?'' Luqman menjawab, ''Agama.'' Si anak bertanya kembali,

''Jika yang kedua?'' Ujar bapanya ''Agama dan Harta''

''Jika tiga?'' ''Agama, harta dan sifat malu.''

''Jika empat?'' ''Agama, harta, sifat malu dan akhlak yang baik.''

''Jika lima?'' ''Agama, harta, sifat malu, akhlak yang baik dan sifat dermawan.''

''Jika enam?''
Lantas Luqman menjawab, ''Wahai anakku! Jika kelima-lima perkara itu terkumpul pada diri seseorang, maka dia akan menjadi seorang yang bersih dan terpelihara ketakwaannya serta selamat daripada godaan syaitan.''

Demikianlah pandangan hidup yang realistik dan amat relevan untuk mengangkat martabat dan maruah seseorang manusia dalam kelompok masyarakatnya. Semua nilai yang baik itu terkandung dalam agama suci agama Islam yang semestinya menjadi cara hidup manusia. Dengan agama, manusia akan memiliki kekuatan rohani, moral dan mental untuk mengharungi cabaran hidup sehingga dapat menyesuaikan diri dengan segala keadaannya yang penuh dengan onak dan duri pada masa akan datang.

Maka beruntunglah ORANG YANG BERAGAMA....

Friday, February 26, 2010

KU DI SINI


Salam rimbunan kasih ku hulurkan buat semua blogger. Semoga apa yang tercatat di sini dapat dikongsi bersama walaupun ia hanyalah sekelumit dari dakwat tinta. Insan kerdil ini hanya terdaya sekadar apa yang termampu. Insan ini mengalu-alukan percambahan idea dari kalangan sahabat-sahabat sekalian...